SOALAN
Selepas enam tahun membina hubungan, akhirnya hubungan saya dan teman lelaki, A, terputus begitu saja kerana kecurangan yang A lakukan.Sejak itu saya kecewa, hilang arah dan pedoman hidup. Saya asyik menangis dan termenung tanpa disedari, malah bebanan yang ditanggung ini sangat berat. Saya tertanya-tanya bagaimanakah untuk menghilangkan perasaan saya dan cinta yang selama ini dibina untuk A. Hubungan kami mendapat restu kedua-dua keluarga dan sudah terlalu rapat, malah mereka juga tidak menghalang sekiranya kami ingin bersatu. Saya sangat menyintai A dan tidak mampu menerima perpisahan ini. Sehingga kini, saya keliru dan mencari apakah kesalahan diri sehingga A curang. Saya mengalami tekanan yang keterlaluan dan saban waktu segala kenangan kami sentiasa bermain di mata. Kebaikannya juga tidak boleh dilupakan. A juga menghormati kedua-dua ibu bapa saya dan menjadi calon menantu pilihan. Saya akui dia adalah yang terbaik. Justeru, sukar untuk mencari pengganti dirinya. Saya tahu sudah kehilangannya dan kami tiada hubungan. Apakah yang perlu saya lakukan untuk menghilangkan perasaan sayang terhadapnya, selain melupakan dirinya? Keluarga tidak tahu hubungan kami sudah berakhir dan saya tahu mereka pasti bersedih jika tahu kisah sebenarnya. Bantulah saya...
Kecewa,, Pulau Pinang
JAWAPAN
Dr simpati dengan adik dan dapat merasakan betapa pedihnya apabila cinta yang dibina putus di tengah jalan, apatah lagi kerana kecurangan orang yang disayangi. Cinta yang terselit penderitaan ibarat kehidupan yang bercampur gaul dengan penghinaan. Dr memahami betapa sukarnya untuk adik melupakan A kerana madah cinta mengatakan,, "Hanya perlukan waktu seminit untuk menafsir seseorang, sejam untuk menyukai seseorang, dan sehari untuk mencintai seseorang, tetapi diperlukan seumur hidup untuk melupakan seseorang." Apapun, cinta adalah kurniaan Ilahi, mengapa mesti dibenci, yang harus dibenci adalah kepalsuan cinta. Jangka masa enam tahun percintaan bukanlah pendek. Pelbagai peristiwa pahit manis tercipta. Semuanya adalah detik yang meninggalkan kenangan pahit dan manis. Sikap diri A yang baik dan disukai ibu bapa tentunya menambahkan lagi kesukaran untuk melepaskannya pergi. Apa yang berlaku antara adik dan A adalah sebahagian dari diri adik. Jika adik ingin melupakan segala kenangan dengan A,, ia seolah-olah ingin menghapuskan sebahagian daripada diri adik sendiri. Proses ini tentu amat menyakitkan dan menyeksakan. Apa yang adik boleh lakukan ialah tidak memaksa diri untuk melupakan A atau apa yang sudah berlaku antara adik dan A. Ini kerana ia memang sebahagian daripada diri adik. Merasai keperitan putus cinta adalah sebahagian daripada proses penyembuhan. Menangis dan termenung adalah proses teraputik. Jangan paksa diri untuk melupakan A kerana paksaan hanya akan menambah dalam kelukaan cinta. Selalunya, hanya masa akan menyembuhkan kedukaan putus cinta. Perpisahan ditentukan oleh jarak dan masa. Pepatah cinta mengatakan, " Kalau bersedih kerana cinta terhalang dan tidak kesampaian, anggaplah kesedihan itu seperti hujan- walau lebat atau lama sekalipun, pasti akan reda." Proses melupakan A boleh dipercepatkan dengan adik melahirkan perasaan kecewa dengan mengalihkan pemikiran melakukan aktiviti lain. Contohnya, dengan membina hubungan sosial sama ada di tempat kerja, facebook dan sebagainya. Menulis jurnal atau apa saja perasaan dalam buku atau kertas juga boleh meredakan kekacauan dalam hati. Ibu adik pasti sedih jika dia tahu adik sudah putus dengan A kerana dia sayangkan adik. Tapi, ibu adik juga tahu bahawa soal jodoh bukan ditentukan adik kerana Tuhan yang menentukan segalanya. Adik, jika kita mencintai seseorang, kita akan sentiasa mendoakan walaupon dia tidak berada di sisi. walaupun perit, tetapi melepaskan A pergi ada hikmahnya kerana 'berkemungkinan apa yang kamu sayangi atau cintai tersimpan keburukan di dalamnya'.
Tak perlu d ungkit mase lalu..
Segala baik,, burok..tak perlu d canang lagi..
sebab: aib dia = aib aku
Bia la semua berlalu....
|Artikel ini banyak membantu aku|
Aku suka ending die..dan aku hanya perlu masa
No comments:
Post a Comment